About Me

My photo
Kubang Kerian, Kelantan, United Arab Emirates
Nama diberi Afif Bin Arifin. Nak tau lebih lanjut tentang tuan hamba... sila follow blog ini ya tuan - tuan dan puan - puan...

Tuesday, October 19, 2010

My Journey To Upsi

Tadika Islam di Ipoh , Perak merupakan institusi pengajian yang pertama kali aku menerima dan mencari ilmu.
Kemudian , setelah cukup umur 7 tahun (1997), aku dapat masuk ke Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam , Ipoh , Perak dari Darjah 1 hingga Darjah 3 . Dapat masuk peperiksaan PTS masa tu tapi tak lepas pulak untuk lompat terus ke Darjah 5.


Tahun 2000 pula , aku terpaksa ikut ayah berpindah ke Perlis dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Indra , Kangar , Perlis. Di situ , aku bersekolah dari Darjah 4 sehingga Darjah 6 (UPSR).

Alhamdulillah , aku dapat menjejaki ke alam persekolahan menengah dengan mendaftar di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan , Kangar , Perlis ketika dapat menyambung ke Tingkatan 1.

Tidak sampai satu tahun di alam persekolahan menengah di Perlis , ayah aku terpaksa pindah ke Kelantan dan aku mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Mas , Jalan Pengkalan Chepa , Kelantan. Di situ , aku bersekolah dari Tingkatan 2 dan menamatkan alam persekolah sehingga Tingkatan 5.

Alhamdulillah, aku dapat meneruskan pendidikan aku di Kolej Matrikulasi Perak , Gopeng , Perak. Kat sini memang banyaklah kenangan manis dan pahit semasa di matrikulasi.

Alhamdulillah sekali lagi , aku dapat meneruskan perjuangan aku dalam bidang pendidikan dengan menyambung pengajian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia (AT 13) sehingga sekarang ini.

Aku berharap selepas ini dipermudahkan urusanku dan dipermurahkan rezeki supaya dapat menyambung pendidikan aku ke tahap lebih tinggi lagi.Sama - sama kita doakan.

No comments:

Post a Comment